Translator

Wednesday

Dua polis mengaku tidak bersalah

JOHOR BAHRU - Dua anggota polis berpangkat lans koperal dan sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menerima rasuah RM300 di Segamat, tiga tahun lalu.

Lans Koperal Khamis Jamangin, 40, dan Sarjan Ahmad Dzamanhuri Abd Rashid, 49, yang bertugas di Balai Polis Segamat didakwa menerima suapan berkenaan sebagai dorongan tidak menahan dua lelaki yang disyaki memiliki dadah, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Hairullah.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka sebagai ejen Kerajaan Malaysia didakwa dengan niat bersama menerima wang suapan terbabit daripada Lee Long Jian, 20, sebagai dorongan untuk tidak menahan lelaki berkenaan dan rakannya, Pang Jin Jie, 20 yang disyaki memiliki dadah yang merupakan satu kesalahan­ di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, di tempat letak kereta dekat Segamat, kira-kira jam 5.30 petang, 16 Oktober 2008.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, Khamis turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM500 juga daripada Long Jian di Jalan Nagasari 23, Segamat Baru, Segamat, kira-kira jam 11.40 malam, 17 Oktober 2008 sebagai dorongan tidak menahannya dan Jin Jie kerana memiliki dadah.

Dia bagi kesalahan terbabit didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Madihah membenarkan Khamis dan Ahmad Dzamanhuri dijamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Februari tahun depan untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Faizal Sadri manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor