Nor Diyana Sikh Ramlee, 24, hanya meninggalkan nota ringkas ‘minta maaf kerana keluar rumah tak beritahu mak dan sudah dapat kerja’ sebelum menghilangkan diri tanpa menghubungi keluarga sejak 29 November lalu.
Ibunya, Siti Bedah Hussain, 41, berkata dia tidak mengesyaki keganjilan kerana Nor Diyana memang biasa meninggalkan nota jika ingin keluar rumah, tetapi tidak menyangka anaknya itu mengikut lelaki berusia 60-an terbabit.
“Saya agak hairan kerana sepanjang dua minggu selepas meninggalkan nota berkenaan, Nor Diyana langsung tidak menghubungi saya kerana biasanya berbuat demikian jika ingin ke mana-mana.
“Saya hanya menyedari dia mengikut lelaki itu apabila isteri ketiga lelaki terbabit datang ke rumah dan menuduh anak saya melarikan suaminya.
“Sejak itu saya sedar Nor Diyana mengikut lelaki berkenaan,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, baru-baru ini.
Berikutan kehilangan anaknya, Siti Bedah membuat dua laporan di Balai Polis Gurun pada 26 Disember lalu dan di Balai Polis Daerah Kota Setar, 26 Januari lalu.
Siti Bedah berkata, sebelum ini, anak sulungnya memang rapat dengan lelaki berkenaan dan dia pernah menyatakan kebimbangannya berhubung keakraban mereka, namun anaknya memintanya tidak bimbang kerana tahu menjaga diri.
“Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengedarkan gambar Nor Diyana di beberapa kawasan, namun tiada siapa boleh memberikan maklumat. “Justeru, saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat Nor Diyana agar menghubungi 017-5849827,” katanya.
sumber : metro




No comments:
Post a Comment