Translator

Wednesday

Wanita diserang anak tiri

GOMBAK: Tragedi di pagi Thaipusam. Itu dilalui seorang wanita apabila diserang anak tiri bersama rakannya di Batu Caves, kelmarin gara-gara berang selepas wanita itu mengahwini lelaki lain kerana beranggapan mangsa mengkhianati cinta bapanya yang meninggal dunia, lima tahun lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, wanita terbabit yang berusia 33 tahun baru bangun dari tidur dan ingin bersiap ke kuil untuk menyambut Thaipusam apabila tiba-tiba anak tirinya berusia 20-an bersama rakan dan saudaranya datang memarahi mangsa.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya meminta anak tirinya itu bertenang dan meminta penjelasan namun tidak diendahkan sebaliknya dihamburkan kata-kata kesat.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa ditumbuk beberapa kali di muka hingga hidungnya berdarah.

“Terkejut dengan tindakan anak tirinya itu, mangsa cuba masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri namun gagal sebaliknya dikepung rakan anak tirinya itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa merayu supaya dilepaskan dan memaklumkan jika ada perkara yang tidak disenanginya, mereka boleh berbincang tambahan pula akan menyambut Thaipusam.

“Namun, rayuan itu langsung tidak dipedulikan sebaliknya anak tiri mangsa terus menampar muka dan menarik rambut mangsa sebelum menendangnya beberapa kali.

“Ketika kejadian, rakan mangsa yang kebetulan turut bersiap untuk di kuil datang membantu namun dia pula menjadi sasaran apabila diugut dicederakan jika mencampuri urusan keluarga mereka,” katanya.
Menurutnya, selepas hampir 10 minit, mereka semua beredar dan meninggalkan mangsa yang cedera di muka dan badan sebelum dibantu rakan ke klinik untuk menerima rawatan.

“Bimbang dengan keselamatan diri selepas melihat sikap panas baran anak tirinya yang tidak dapat menerima hakikat perkahwinan barunya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang.

“Difahamkan, ini bukan kali pertama berlaku sebaliknya sebelum ini anak tirinya beberapa kali mengganggunya dengan menuduhnya melupai bapanya sehingga sanggup menikahi lelaki lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Backlink Terbaik

Kartikel Ping Blogged.my My Ping in TotalPing.com

Free SEO Tools

SYARAT DAN PENAFIAN

cercitor.blogspot tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. dan Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian cercitor