KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, apa yang saya impikan bersama Eric
akhirnya menjadi kenyataan,” kata penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35,
sebaik saja sah menjadi isteri Eric Daniel Depp, 47, dalam majlis yang
diadakan di Duchess Place, di sini, semalam.Pasangan itu sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz oleh Eric di depan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman, jam 12.20 tengah hari berwali abang Nurul sendiri, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Nurul berkata, kehadiran Eric mengisi kekosongan hidupnya selepas lebih lima tahun hidup sendirian. “Keikhlasan Eric menerima saya dan anak saya (Ayu Nazirah, 14) sangat-sangat saya syukuri,” kata penyanyi Cinta Azali itu.
Nurul yang anggun dengan persalinan putih dan hitam rekaan Rizman Ruzaini menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (kira-kira RM20,000) serta empat dulang hantaran lagi daripada pengantin lelaki.
Sumber : Metro
Selamat pengantin Baru



No comments:
Post a Comment